Parti Gagasan Rakyat Sabah

Parti Gagasan Rakyat Sabah (biasa diringkaskan sebagai GAGASAN atau PGRS) merupakan sebuah parti politik tempatan yang beroperasi di Sabah, Malaysia[1][2] Parti ini dibentuk dan didaftarkan pada 28 Ogos 2013[3][4][5] sebagai sebuah parti pelbagai kaum dengan matlamat untuk memperlihatkan sudut pandang dan keinginan anak Sabah dalam kerajaan[6] Ia mula aktif pada 2016[7]Pada Mac 2020, GAGASAN telah bersama-sama tiga parti politik Sabah yang lain telah membentuk persefahaman bagi membantuk gabungan parti politik Sabah iaitu Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah (Anak Negeri) dan sebuah parti yang belum berdaftar, Parti Hak Sabah. Keempat-empat parti pada mulanya bersepakat untuk membuat kerjasama dengan menggabungkan keempat-empat parti dalam satu parti iaitu GAGASAN, dengan Anifah Aman sebagai Presiden.[8] [9]Walau bagaimanapun, perancangan penggabungan parti pembangkang ini gagal selepas GAGASAN dan Anak Neger menarik diri untuk meneruskan agenda parti masing-masing selepas individu yang sepatutnya menjadi Presiden gabungan, Anifah Aman menyertai PCS dan terpilih menjadi Presiden PCS pada Julai 2020 sebelum pilihan raya negeri mengejut[10][11]

Parti Gagasan Rakyat Sabah

Disahkan 28 Ogos 2013
Ideologi Ketempatan
Dewan Negara:
0 / 70
Singkatan GAGASAN / PGRS
Timbalan Presiden Hiew King Cheu
Mohd Basri Abd Gafar
Dewan Rakyat (di Sabah):
0 / 25
Dewan Undangan Negeri (Sabah):
0 / 73
Presiden Ationg Tituh
Ditubuhkan 28 Ogos 2013

Rujukan

WikiPedia: Parti Gagasan Rakyat Sabah http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.fz.com/content/ros-approves-20-new-poli... http://www.dailyexpress.com.my/news/139921/gagasan... http://www.dailyexpress.com.my/news/148398/new-sab... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2013/... https://www.facebook.com/PGRS2013 https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.pressreader.com/malaysia/the-borneo-po... https://www.pressreader.com/malaysia/the-borneo-po... https://archive.is/20160409200245/http://www.fz.co...